The Unsung Hero

          Barangkali mereka tidak di endahkan dan mungkin juga mereka berhadapan dengan kecaman. Mereka adalah barisan pengamal media yang berjiwa besar dan sentiasa mengheret diri kekancah pengorbanan didalam mendapatkan informasi tepat dan mampat. Para Pengamal media bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, sebaliknya kesusahan dan kepayahan dalam mendapatkan dan menyampaikan maklumat dengan tepat adalah selayaknya mereka juga di gelarkan barisan hadapan negara.

          Justeru itu, Halaman Nurani Sdn. Bhd berganding bahu bersama Alliance Bank Malaysia bersama mengambil inisiatif dalam memberikan penghargaan dan simbolik sokongan kepada pengamal media dalam meneruskan lagi usaha mereka dalam menyampaikan berita dan maklumat yang sahih dan cepat kepada masyarakat. Juadah berbuka puasa ini adalah satu tanda penghargaan yang kecil tetapi bermakna dari kami dan Alliance Bank Malaysia atas sokongan pihak media selama ini.

          Setinggi penghargaan kepada Alliance Bank bersama sama Kedai Makan Abang Tukang Masak dan Halaman Nurani Sdn. Bhd bagi menjayakan Juadah Berbuka Puasa bagi Rakan-Rakan Media ini.

“Teruslah Melakukan Kebaikan, Biarpun Pentas Bukan Milik Kita”