SEMAI KASIH 3.0

          Pada 5 Januari 2020, seramai 21 barisan sukarelawan HNSB telah menyantuni anak-anak istimewa di Petaling Jaya. Ini merupakan kali ketiga HNSB mengadakan Program Semai Kasih di lokasi yang sama bagi menceriakan hari anak-anak istimewa ini. Kesemua sukarelawan HNSB yang hadir lengkap berpakaian maskot dan membawa buah tangan seperti coklat dan sebagainya bagi meraikan dan menceriakan hati anak-anak istimewa ini. 

          Tahniah dan terima kasih kepada semua baria sukarelawan HNSB kerana berjaya menjayakan Program Semai Kasih 3.0 ini. HNSB sentiasa cakna dan peka bukan sahaja terhadap golongan B40 atau kurang kemampuan malah golongan-golongan seperti ini juga mendapat tempat di hati kami dalam turun bersama-sama menceriakan suasana mereka.