PROJEK NURANI MALAYSIA 3.0

          Ini merupakan edisi yang ketiga bagi Projek Nurani Malaysia 3.0 yang bertempat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Projek Nurani Malaysia 3.0 merupakan kesinambungan daripada Projek Nurani 1.0 di Masjid Wilayah dan juga Projek Nurani 2.0 di Masjid Tanjung Karang. Dengan Kolaberasi daripada Masjid Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Halaman Nurani Sdn Bhd (HNSB) & Kedai Makan Abang Tukang Masak (KMATM), membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan demi kebaikan ummah dan kami yakin bahawa dengan tunjang kekuatan pengalaman rakan kolaberasi dalam mengendalikan program-program berimpak tinggi akan membuatkan program ini berjaya dan mendapat sambutan yang luar biasa.

          Matlamat bagi Projek Nurani 3.0 ini adalah untuk mengumpul baju ( baru / pakaian terpakai yang masih elok), makanan asasi dan sumbangan dana buat Rakyat Malaysia juga akan dibawa sebahagian ke Kemboja bagi menjayakan program HNSB Volunteer Cambodia 5.0. Antara barangan yang dapat dikumpul pada Projek Nurani Malaysia 3.0 ini adalah pakaian terpakai, set barangan solat dan sebagainya. Bagi barangan asas yang diperlukan dalam Projek Nurani Malaysia 3.0 ini adalah beras, bihun, tepung, gula dan makanan kering yang lain.

          Persediaan membawa barangan asas dan keperluan oleh Team HNSB Volunteer telah pun bermula seawal jam 6 pagi lagi. Tepat jam 9 pagi, apabila segala kelengkapan dan persediaan tempat telah pun selesai program pun bermula dengan di sertai oleh beberapa lagi sukarelawan yang telah hadir di Masjid Wilayah.