PROJEK NURANI MALAYSIA 2.0

          Projek Nurani Malaysia 2.0 telah diadakan pada 31 Januari 2019 bertempat di Masjid Ar-Raudah, Tanjung Karang. Projek Nurani Malaysia 2.0 ini merupakan projek kolaborasi Halaman Nurani Sdn. Bhd. bersama Kolej Komuniti Tanjung Karang. Projek Nurani Malaysia 2.0 ini khusus untuk para dermawan di sekitar Tanjung Karang atau Kuala Selangor yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk barangan asasi untuk bantuan misi yang akan dijalankan oleh HNSB pada masa akan datang. Projek ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar dan juga kariah masjid.

          Antara barangan asasi yang berjaya dikumpulkan pada Projek Nurani Malaysia 2.0 ini adalah beras, sardin, gula, makanan segera, beg sekolah, peralatan menulis, tuala wanita, pek hygiene dan sebagainya. Segala barangan asasi yang telah berjaya dikumpulkan ini akan dibawa ke Misi Bantuan Kelantan pada bulan Januari 2020. HNSB ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kolej Komuniti Tanjung Karang kerana memberi peluang kepada HNSB berkolaborasi bersama mereka serta kariah Masjid Ar-Raudah, Tanjung Karang yang memberi tempat dan laluan bagi Projek Nurani Malaysia 2.0 ini diadakan. Tanpa kalian mungking projek ini tidak dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.