PROGRAM SOCIAL ENTREPRENEUR BOOTCAMP KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS

          Program Social Entrepreneur Bootcamp anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas bersama Halaman Nurani Sdn Bhd (HNSB) selama 2 hari di Kolej Komuniti Kok Lanas. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang apa itu Keusahawanan Sosial secara teori dan praktikal. Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi merealisasikan kertas kerja yang telah dibentangkan. Pada hari kedua, pelajar itu sendiri turun ke lapangan untuk berniaga seperti yang dibentangkan didalam kertas kerja masing-masing.

          Seterusnya hasil jualan mereka, mereka sendiri yang membuat keputusan untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim. Melalui program ini pelajar itu sendiri dapat merasai keindahan dan keseronokan dalam memberi dan menggembirakan orang lain melalui hasil usaha mereka sendiri. Akhir sekali, HNSB amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjayakan dan berkongsi ilmu mengenai keusahawanan sosial bersama Kolej Komunii Kok Lanas. Harapan terbesar HNSB adalah agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.