PROGRAM DERMA DARAH

          Program Derma Darah yang berlangsung pada 7 November 2020 telah diadakan di Kedai Makan Makan Abang Tukang Masak. Program Derma Darah ini adalah julung kali dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan telah berlangsung dengan jayanya.

          Program ini juga telah berjaya mengumpulkan seramai 210 jumlah penderma sepanjang 2 tahun kempen ini di jalankan.Segala kelengkapan dan prosedur bagi program ini telah dikelolai sepenuhnya oleh HNSB dan juga Pusat Darah Negara. Walaupun program ini diadakan seusai saja tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1), Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap di lakukan dengan ketat dan teratur.

          HNSB sentiasa akan terus menyumbang dan peka dengan kekurangan dan keperluan yang dihadapi oleh setiap organisasi badan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).