MISI BANTUAN COVID 19

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1) dilaksanakan pada 16 Mac 2020, jumlah kumpulan B40 semakin meningkat akibat wabak pandemik Covid 19. Rata-rata mereka hilang punca pendapatan sekaligus memberikan impak yang besar terhadap sistem ekonomi sebuah institusi kekeluargaan. Selain itu, banyak syarikat yang terpaksa menamatkan perniagaan mereka yang mana mengakibatkan  jumlah pengangguran semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini sekaligus mengheret lebih ramai bergelar kumpulan B40.

          HNSB mengambil inisiatif selepas melihat keadaan ekonomi dan juga taraf hidup penduduk golongan B40 yang terjejas teruk dengan memulakan Misi Bantuan Covid 19. Misi Bantuan Covid 19 ini bukan sahaja tertumpu kepada penduduk sekitar Damansara Damai sahaja, namun HNSB juga memberi perhatian kepada golongan B40 yang berada di luar kawasan daripada Damansara Damai.

          HNSB juga mengambil berat mengenai ‘Frontliner’ negara yang ketika itu sedang giat melaksanakan tugas tidak kira di hospital atau di sekatan jalan raya. Pada 22 Mac 2020, penghantaran pertama buat barisan hadapan telah dimulakan dengan menghantar bantuan makanan siap sebanyak 500pek kepada beberapa hospital di sekitar Lembah Klang. Bukan itu sahaja, pada malam hari pula HNSB akan membekalkan kepada anggota polis, tentera dan juga rela yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar Lembah Klang. 

          Bagi penduduk di sekitar Damansara Damai pula, HNSB turut membekalkan bantuan barangan asas berskala dan berjadual bagi memudahkan penerima bantuan menerima bantuan dengan mudah dan teratur. Setiap bantuan yang disalurkan sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

          Apabila tiba bulan Ramadhan pula, HNSB mengambil langkah dengan menyediakan bantuan makanan siap untuk bersahur dan berbuka setiap hari kepada barisan hadapan dan golongan B40 dan tidak dilupakan kepada yang memerlukan di sekitar Damansara Damai ini. Bantuan yang disalurkan juga hasil daripada sumbangan orang ramai, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang turut ingin membantu dalam meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan.

          Misi Bantuan Covid 19 ini tidak terhenti apabila tamatnya PKP 1, sebaliknya bantuan barangan asas di teruskan lagi sehingga kini yang dianggarkan hampir 900 keluarga golongan B40 yang telah berdaftar bersama HNSB. Selain bantuan makanan dan barangan asas, HNSB juga memberikan bantuan tunai kepada keluarga B40 yang terdesak akibat penuggakan bil-bil, sewa rumah dan sebagainya.

 

          HNSB akan terus cakna dengan sentiasa komited membantu bagi yang memerlukan pada masa akan datang.