HALAMAN NURANI SDN BHD

Tentang HNSB

Setiap langkah dan tujuan yang dilakukan HNSB adalah bagi memperbetul dan mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik. HNSB berharap lebih banyak golongan masyarakat hadir membantu bersama meringankan beban keluarga B40 pada masa akan datang.

Objektif

Halaman Nurani Sdn. Bhd. ditubuhkan bertujuan untuk membantu dan meringankan beban lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik. Ketika ini lebih daripada 800 Keluarga B40 yang telah terdaftar bersama HNSB bagi menerima bantuan barangan asas dan keperluan.

HNSB juga mensasarkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga golongan B40 dari dasar. Perkara ini perlu bagi memudahkan urusan HNSB menyalurkan bantuan dan mengenali permasalahan setiap keluarga B40 yang hadir berdaftar memohon bantuan.

Setiap langkah dan tujuan yang dilakukan HNSB adalah bagi memperbetul dan mengubah pemikiran masyarakat hadir membantu bersama meringankan beban keluarga B40 pada masa yang akan datang.

Visi dan Misi

Visi : Menjadi sebuah syarikat perniagaan sosial gergasi yang maju dan berdaya saing serta mendapat pengiktirafan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Misi :
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik (B40)
  • Menghasilkan lebih banyak anak syarikat perniagaan sosial supaya dapt membangunkan ekonomi dan mengubah kehidupan anak bangsa kita.
  • Mempromosikan dan menjual barangan produk IKS dan B40 bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Rakan Kolaborasi Program