KONGSI REZEKI

          Kongsi Rezeki merupakan sebuah program yang telah di laksanakan pada bulan Ramadan 2021. Tabung Kongsi Rezeki ini diwujudkan bertujuan untuk membantu dan memberi sumbangan kepada golongan B40 dan yang kurang berkemampuan di sekitar Damansara Damai ini. HNSB terpanggil untuk menggerakkan program Kongsi Rezeki ini apabila melihat kesusahan dan kepayahan mereka yang kurang berkemampuan dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga mereka.


          Justeru itu, pada 12 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442 Hijrah pengagihan makanan siap masak yang pertama telah berjaya dilaksanakan. Sebanyak 100 bekas makanan siap masak berjaya di agihkan kepada hampir 100 orang yang kurang berkemampuan dan keluarga B40. Pada hari pertama pengagihan, hujan renyai mengiringi HNSB dalam menyediakan dan mengagihkan 100 pek makanan siap masak kepada mereka yang memerlukan.

          Program Kongsi Rezeki ini menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM 33 000 bagi menampung pembiayaan dalam menyediakan makanan siap kepada penerima. Allhamdulillah program ini juga disambut baik oleh para dermawan dan beberapa syarikat yang terkesan dengan kekurangan yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan.

          Bukan sahaja bantuan makanan siap masak, namun HNSB juga berkolaborasi bersama beberapa pihak persendirian atau badan bukan kerajaan(NGO) dalam menyediakan pek bubur lambuk sebanyak 10 000 bekas untuk mereka yang memerlukan. Secara keseluruhannya, program Kongsi Rezeki ini merupakan satu aras baru bagi HNSB dalam membantu bagi mereka yang memerlukan di sekitar Damansara Damai ini. Jumlah penerima bagi program ini juga di anggarkan mencecah jumlah sebanyak 10 000 penerima.

          Akhir sekali, HNSB amat berbesar hati kerana program Kongsi Rezeki yang diadakan pada bulan Ramadan ini mendapat perhatian umum dari semua lapisan tidak kira dalam atau luar dari Damansara Damai ini. HNSB sentiasa peka mengenai kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh mereka yang kurang berkemampuan dalam bersama membantu meringankan beban mereka. Semoga ada sinar bagi mereka yang serba kekurangan.