HNSB VOLUNTEER WE STAND WITH UYGHUR

          HNSB Volunteer ‘We Stand With Uyghur’ ini telah berlangsung pada 29 Disember 2019 bertempat di Kedai Makan Abang Tukang Masak. HNSB Volunteer  We Stand With Uyghur ini merupakan tanda solidariti ke atas saudara seislam kita yang telah dihina dan di tindas di negara China. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membeli barangan asas bagi menyediakan kelengkapan secukupnya untuk penerima manfaat golongan B40 di sekitar Damansara Damai. 

          Lebih 20 sukarelawan HNSB terlibat dalam program ini yang bermula seawal jam 8 pagi di KMATM. Bermula dengan membeli kelengkapan barangan asas di TESCO Kepong dan kembali ke Kedai Makan Abang Tukang Masak bagi membuat persiapan untuk pengagihan yang akan berlangsung petang. Sebagai tanda solidariti juga, HNSB Volunteer mengeluarkan t-shirt edisi terhad bertemakan #saveuyghur. Selesai sahaja segala pengagihan kepada penerima manfaat pada petang, HNSB volunteer solat maghrib, solat hajat dan isyak secara berjemaah di imamkan oleh Imam Muda Muhammad Azizi.

          Kami yakin, kekadang kebaikan yang dibuat tidak perlu besar. Cukup membantu dan memudahkan urusan orang lain, Tuhan akan buka dan dan beri laluan kepada kita dari rezeki yang tidak disangka-sangka. Terima kasih kepada semua sukarelawan HNSB!

‘Be The Reason For Someone To Smile Today’