HNSB VOLUNTEER KELANTAN 2.0

          Seramai 23 HNSB Volunteer menyahut cabaran untuk menyantuni saudara kita yang diuji di Kuala Krai dan Pasir Mas, Kelantan akibat bencana banjir yang melanda negeri itu tempoh hari. HNSB Volunteer Kelantan 2.0 merupakan kesinambungan daripada HNSB Volunteer Kelantan 1.0 yang telah di jalankan di tempat yang sama juga pada bulan sebelumnya. HNSB terasa terkesan dan terus mengambil langkah untuk turun padang membantu mereka yang terjejas teruk akibat bencana banjir. 

           Berbeza daripada HNSB Volunteer Kelantan 1.0, kali ini HNSB Volunteer membawa lebih ramai tenaga kerja dan kelengkapan barang yang lebih lengkap bagi membersihkan beberapa rumah yang rosak dan kotor disebabkan banjir. HNSB Volunteer Kelantan 2.0 ini berlangsung selama 3 hari iaiti 3 Januari 2020 sehingga 5 Januari 2020.  Barisan sukarelawan HNSB tiba di Kg. Chuchuh Puteri, Kuala Krai pada jam 10.15 pagi . Setibanya kami di lokasi, terus segala persiapan dan penyediaan kelengkapan bagi membersihkan dan mengemas rumah-rumah yang terjeas di lakukan. 

          Antara barangan sumbangan yang dibawa kali ini adalah set mesin basuh, periuk nasi, dapur gas, kipas, set barangan sekolah, barangan dapur, set mengemas rumah, makanan asasi dan juga pakaian. Semua barangan sumbangan ini akan di agihkan kepada penerima manfaat di sekitar Kg. Chuchuh Puteri ini. Selama keberadaan barisan sukarelawan HNSB disini, luluh hati melihat kesusahan, kepayahan dan betapa daif nya keadaan sekitar rumah mereka. HNSB ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua dermawan dan barisan sukerelawan yang telah berjaya bersama-sama membantu saudara kita yang terjejas teruk akibat banjir di sana.

Teruslah Melakukan Kebaikan, Biarpun Pentas Bukan Milik Kita’