HNSB JUADAH AIDILFITRI

          Program Juadah Aidilfitri ini merupakan kesinambungan daripada Misi Bantuan C-19 yang telah bermula pada bulan Mac 2020. Halaman Nurani Sdn Bhd tergerak hati bagi melaksanakan Program Juadah Aidilfitri ini adalah di atas faktor galakkan dan semangat yang diberikan oleh semua pihak bagi terus menerus dalam membantu mereka yang terkesan akibat wabak pandemik Covid 19. Antara menu Program Juadah Aidilfitri ini adalah dodol, rendang daging, rendang ayam, nasi impit, wajid, kuah kacang, ketupat palas dan juga barangan asas.

          Segala persiapan bagi Program Juadah Aidilfitri ini telah pun bermula pada jam 9 malam 22 Mei sehari sebelum kejadian. Team HNSB telah dibantu bersama-sama beberapa sukarelawan bertungkus-lumus dalam menyiapkan segala persiapan termasuk menyediakan barangan asas yang mencukupi untuk dagihkan kepada hampir 500 jumlah penerima.

          Sasaran penerima bagi Program Juadah Aidilfitri ini sebanyak 800 penerima dan proses pengagihan berjalan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan kerjasama daripada pasukan RELA komuniti Damansara Damai. Pada hari kejadian, segala perancangan dan pengagihan telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.

          HNSB amat berbangga kerana program ini telah berjaya dijalankan hasil daripada sumbangan para dermawan di luar sana. HNSB akan terus cakna dengan keadaan semasa yang dialami oleh mereka yang kurang berkemampuan.

 

“Teruslah Melakukan Kebaikan, Biarpun Pentas Bukan Milik Kita”