HNSB FREE MARKET

          Pada 5 Mac 2020, telah berlangsung Free Market anjuran Halaman Nurani Sdn. Bhd. di Kedai Makan Abang Tukang Masak. Tujuan Program Free Market ini diadakan adalah bagi mengumpul barangan-barangan keperluan seperti set pakaian dan sebagainya. Set pakaian yang berjaya kumpul pula akan diberi kepada mereka yang hadir ke Kedai Makan Abang Tukang Masak secara percuma. Program Free Market ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Damansara Damai.

          Lebih 500 set pakaian berjaya di kumpulkan dan di berikan kepada mereka yang serba kekurangan yang hadir di Kedai Makan Abang Tukang Masak. HNSB sentiasa komited dalam meringankan beban mereka yang memerlukan dan membantu dalam semua aspek yang diperlukan oleh mereka. 

 

Teruslah Melakukan Kebaikan Biarpun Pentas Bukan Milik Kita’