BAKUL CANGKIRAN SINAR SENYUMAN SYAWAL

          Bakul Cangkiran Sinar Senyuman Syawal merupakan program penutup bagi program Kongsi Rezeki Ramadan yang telah bermula pada 12 April sehingga 10 Mei 2021. Program Bakul Cangkiran Senyuman Syawal ini mensasarkan kepada 100 keluarga B40 dan keluarga yang kurang berkemampuan dengan mengagihkan beberapa barangan asas termasuk kuih raya bagi membantu mereka menghadapi Syawal yang akan tiba. Bukan itu sahaja, Bakul Cangkiran Syawal ini sedikit istimewa kerana HNSB juga menyerahkan sejumlah duit raya bagi setiap penerima bantuan dalam menghadapi syawal di dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini.

          HNSB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah bersama-sama HNSB dalam menjayakan Kongsi Rezeki Ramadan dan juga Bakul Cangkiran Sinar Senyuman Syawal ini. Moga segala usaha dan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini di terima oleh Allah SWT.